BUBUR JAGUNG SAGU
Kalau dulu saya tidak pernah makan bubur jagung , kini bubur jagung ini lah yang kerap kali saya minta ibu saya buatkan . Ianya bukan hanya kerana bubur ini sedap tapi ia juga mudah untuk dibuat berbanding bubur-bubur yang lain. Kalau terfikir nak buat makanan sampingan atau dessert , boleh la cuba resepi ini .
Bahan-bahan
2 tongkol jagung / 1 kg jagung yang siap pipil
Santan
3/4 cawan air (bergantung kepada santan)
Gula tuak / gula melaka
Gula pasir
1/2 cawan biji sagu
Daun pandan
Garam
Cara-cara memasaknya
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Masukkan biji sagu , gaul-gaulkan sedikit sehingga biji sagu tersebut kembang. Asingkan sagu yang telah kembang ke dalam bekas lain. Biarkan sementara
3. Periuk yang sama, masukkan santan , gula tuak/gula melaka ,gula pasir , jagung serta daun pandan , gunakan api yang kecil , kacau dan dibiarkan sehingga mendidih .
4. Masukkan sagu yang diasingkan sebentar tadi ke dalam bubur jagung tersebut , jangan lupa letakkan sedikit garam sebagai penambah rasa.
Siap ! Mudahkan ? Selamat mencuba .
No comments:
Post a Comment