KUPANG MASAK TIGA RASA
Makanan ini merupakan salah satu makanan yang menjadi favourite keluarga saya . Walaupun saiz kupang lebih besar berbanding kerang , tapi untuk memasaknya tidak susah bagi ibu saya yang gemar memasak. Jadi saya mengambil keputusan untuk mencuba resepi ini , agar saya juga boleh memasak seperti ibu saya . Jujur saya katakan tak mudah pada mulanya sebabkan saiz dan kuantitinya , tapi saya tetap mencuba kerana saya penggemar makanan seafood . Jadi , bagi penggemar seafood seperti saya , boleh la cuba resepi ini .
Bahan-Bahan
1 kg kupang (yang segar lebih sedap)
Cili kering kisar
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serai
Halia
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos cili
Garam
Gula
Cara-cara menyediakan bahan
1. Kupang segar dibasuh bersih
2. Asingkan 1 setengah senduk cili kisar (kalau nak letak lebih boleh jugak)
3. Bawang besar , bawang putih dan halia ditumbuk hancur atau diblen
4. Sebatang serai ditumbuk sedikit hujungnya
5. Asingkan setiap sos 2/3 sudu
Cara-Cara memasak
1. Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbukatau diblen serta serai tadi hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar , kacau sehingga hampir masak
3. Masukkan ketiga-tiga jenis sos tadi serta kupang segar yang telah di basuh bersih . Jangan lupa untuk letak garam dan gula secukup rasa .
4. Gaulakan kupang berkenaan sehingga cengkerang kupang itu terbuka. Kemudian boleh padamkan api dan hidang
Tak susah pun sebenarnya . hihihi Selamat mencuba .
No comments:
Post a Comment